Kejutan Bermakna

Nama Kempen : Kejutan Bermakna

Rumusan Kempen:

Murid atau pelajar yang terpilih akan memenangi wang sehingga RM100 untuk memberi sebuah kejutan Hari Guru yang bermakna kepada guru masing-masing. Murid perlu menghantar perancangan bajet dan idea yang unik untuk memenangi wang tersebut, serta menghantar video kejutan Hari Guru untuk dipaparkan oleh pihak penganjur.

 

Cara Penyertaan
  1. Terbuka kepada semua murid di Malaysia yang berusia 10-17 tahun, serta penuntut IPTA/IPTS.
  2. Kongsikan idea dan perancangan bajet anda! Isikan borang pendaftaran di borang yang disediakan di bawah selewat-lewatnya Ahad, 2 Mei 2021.
  3. Peserta yang berjaya terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel sebelum atau pada hari Selasa, 4 Mei 2021.
  4. Hadiah wang akan diperuntukkan seperti berikut:
    • a) 50% daripada jumlah keseluruhan bajet perancangan apabila peserta berjaya terpilih dan melalui butiran akaun bank yang diberikan.
    • b) Baki 50% akan diberikan apabila peserta menghantar video-video hasil Kejutan Bermakna dan pernyataan perbelanjaan kepada penganjur.
  5. Laksanakan Kejutan Bermakna anda. Rujuk ‘Panduan Rakaman Video’ di bawah dan hantarkan semua video dan bukti perbelanjaan kepada penganjur selewat-lewatnya Rabu, 18 Mei 2021.
  6. Video-video akan diedit dan dipaparkan pada akhir bulan Mei 2021.
Panduan Rakaman Video – Bagi Peserta Yang Terpilih SAHAJA

Jika permohonan anda terpilih, TAHNIAH! Idea anda hebat dan kreatif, terbaik untuk Kejutan Bermakna!

 

Kongsikan video rakaman proses pelaksanaan anda dengan semua. Mudah sahaja, begini caranya:

  1. Sekurang-kurangnya 2 video ringkas (1-2 minit setiap satu):
    • (a) Video selfie (sebalik tabir/behind the scene):
      • (i) Perkenalkan diri anda.
      • (ii) Siapa guru yang anda pilih, mengapa anda pilih guru ini untuk Kejutan Bermakna.
      • (iii) Apakah idea Kejutan Bermakna anda.
      • (iv) Tunjukkan sedikit persiapan anda.
    • (b) Video reaksi guru
      • (i) Rakamkan reaksi/perasaan guru anda apabila. mendapat kejutan ini
      • (ii) Ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru anda.
      • (iii) Rakamkan sepatah dua kata daripada guru anda jika boleh.
  2. Gunakan kamera/telefon pintar dan gunakan setting video yang tinggi, seperti HD dan FHD. Pastikan cahaya cukup terang dan muka anda dan guru dapat dilihat dengan jelas.
  3. Pastikan audio dapat didengar dengan jelas. Semak dulu selepas rakam.
  4. Anda boleh merakam secara melintang (horizontal/landscape) atau menegak (vertical/ portrait). Pilih satu jenis sahaja untuk semua video anda.
  5. Jika terdapat orang lain (ahli keluarga, rakan-rakan, anak murid) dalam vlog cikgu, pastikan cikgu dah dapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu untuk masuk disiar dalam video anda ya.
Untuk maklumat lanjut dan untuk berkongsi post/video, hubungi:

Whatsapp Cikgu Yam di 016 553 2712 atau emel  phuiyee.yam@arusacademy.org.my.

 

Borang Pendaftaran

 

Dianjurkan Oleh:

Arus Academy dan Fun(d) for Life Guru. Fun(d) For Life ialah sebuah projek literasi kewangan yang dikuasakan oleh Arus Academy dan FWD Takaful, dan menyokong Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Objektif Kempen: 

Mengajak murid-murid membuat perancangan kewangan untuk memberi penghargaan mengejut kepada guru sempena sambutan Hari Guru tahun 2021 di platform media sosial Arus.

Rakaman video reaksi guru dikongsi kepada penganjur untuk dipaparkan.

Platform:

Di semua laman web dan laman sosial penganjur, termasuklah Instagram, Facebook, Youtube, Telegram Arus Academy, Fun(d) for Life, FWD Takaful serta pihak yang mendapat izin daripada penganjur. 

Peserta:

Terbuka kepada semua murid 10-17 tahun dan penuntut IPTA/IPTS.