Kejutan Bermakna @ Hari Guru 2021

Copy of posmen rahsia

 

Apakah erti Hari Guru kepada seorang murid? Ramai yang hanya sedar selepas melangkah ke alam dewasa.

Pernahkah anda tidak berpuas hati dengan mana-mana guru tetapi menyesal setelah menyedari niat murni guru tersebut?

Semasa di Tingkatan Dua, guru Sains saya tidak berputus asa untuk memujuk saya menyertai pertandingan syarahan dengan menasihati betapa pentingnya kemahiran memberi ucapan apabila bekerja kelak.

Pada ketika itu, saya menolak nasihat beliau sekeras-kerasnya. Walaupun begitu, nasib tidak menyebelahi saya. Ibu bapa saya enggan menulis surat untuk mengecualikan saya daripada menyertai pertandingan tersebut, kerana mereka bersetuju dengan pandangan guru saya. Akhirnya, saya sendiri menulis surat memarahi beliau kerana memaksa saya untuk masuk bertanding.

Setelah memasuki alam pekerjaan, barulah saya sedar alangkah untungnya kalau saya berlatih memberi ucapan sejak awal lagi. Saya menyesal. 

Kini, saya bersyukur kerana telah dibimbing oleh guru yang begitu prihatin dan ingin meneladani beliau dalam mendidik anak muda.

Siapakah cikgu yang anda amat hargai? Kongsikan dengan kami melalui media sosial!

Kami telah menganjurkan sebuah aktiviti penghargaan guru untuk murid-murid memberikan SURPRISE kepada guru mereka, sambil belajar menguruskan perbelanjaan masing-masing. Jom ikuti kisah-kisah murid Arus memberi Kejutan Bermakna kepada guru kesayangan mereka!