Apakah Itu Pembelajaran Teradun?

Timbalan Pengarah Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum KPM menerusi sesi wacana ilmu semalam memberikan strategi Blended Learning untuk memastikan penyampaian kurikulum yang telah dijajarkan dapat disampaikan dengan efektif.

Secara amnya, blended learning adalah pendekatan gabungan yang melibatkan interaksi dalam bilik darjah dan juga penggunaan teknologi untuk menyampaikan pengajaran.

Namun begitu, mengintegrasikan teknologi dalam penyampaian itu tak semestinya boleh terus dikategorikan sebagai pembelajaran teradun. Terdapat beberapa jenis struktur blended learning yang boleh dipilih dan bukan semua pendekatan ini sesuai digunakan untuk norma baru pembukaan sekolah.

1. Blended face-to-face/teradun bersemuka. Ini adalah pembelajaran teradun yang berlaku dalam bilik darjah dan paling dekat dengan pendekatan tradisional. Sesuai digunakan untuk kelas yang mempunyai murid dengan tahap pelbagai. Pendekatan dalam talian diperkenalkan untuk murid yang tertinggal untuk melengkapi pembelajaran dalam bilik darjah. Perlu dijalankan dalam bilik darjah yang mempunyai kemudahan peranti.

2. Blended online class. Pendekatan ini terbalik dgn pendekatan #1 tadi. Sejumlah besar pengajaran dijalankan di dalam talian & aktiviti terpilih sahaja dilakukan dalam bilik darjah seperti aktiviti makmal.Pendekatan ini tidak memerlukan kehadiran murid dalam bilik darjah pd setiap hari.

3. Flipped classroom. Konsep yang paling popular dalam pendekatan blended learning.Kaedah ini membalikkan pendekatan tradisional dimana masa kuliah dijalankan dalam talian dan masa dalam kelas digunakan untuk kerja-kerja kolaborasi, perbincangan,projek/tugasan.

Contoh flipped classroom:

4. Rotation model. Dalam model ini, murid bergerak dari satu modaliti ke modaliti yang lain dimana salah satunya menggunakan pendekatan dalam talian. Antara model yang boleh digunakan adalah station rotation, lab rotation dan individual rotation.

Contoh station rotation:

5. Blended MOOC: Murid belajar melalui kursus dalam talian sedia ada seperti Khan Academy, Youtube dan lain-lain dan menjalankan aktiviti dalam kelas sebagai pelengkap kepada kursus tersebut. Guru perlu memberikan panduan tentang kursus atau video yang sesuai.

Ada banyak lagi strategi blended learning yang boleh guru-guru teroka. Flex model, self blend, enriched virtual dan sebagainya. Pendekatan blended learning memberikan murid-murid peluang untuk belajar dan mengulangkaji mengikut kadar masing-masing.

Guru juga boleh mengabungkan mana-mana struktur blended learning mengikut kesesuaian situasi. Guru boleh sediakan video atau bahan pengajaran dalam talian utk memastikan murid mendapat kandungan asas dan boleh merujuk kepadanya berulang kali mengikut keperluan.

Contoh video pengajaran:

Gunakan Edpuzzle untuk menambah interaksi video seperti ini: https://edpuzzle.com/media/5f057db2aa31113f0e6aa8d4

Dalam bilik darjah pula, fokus diberikan kepada perbincangan/latihan/tugasan supaya murid boleh mendapatkan bimbingan terus dari guru.

Terdapat banyak lagi kriteria lain yang perlu diberikan perhatian dalam pemilihan pendekatan yang terbaik termasuklah akses kepada peranti & internet di sekolah & di rumah.

Pendekatan yang terbaik adalah pendekatan yang dapat melibatkan seramai murid yang mungkin dalam pembelajaran yang bermakna.

Kami percaya dengan kebolehan guru untuk membuat “professional judgment” dalam memilih kaedah yang terbaik untuk anak didik anda. Jangan takut untuk meneroka/membina pendekatan yang baru dalam menghadapi norma baru pendidikan hari ini.

All the best, cikgu!